Saturday, 19 March 2011

Tahap Amali Fizik Ting 4 dan 5 di Daerah Kinta Utara Perak

BAB 1 PENGENALAN

Aktiviti amali fizik dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan memudahkan pelajar memahami konsep fizik yang dipelajari. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada ’Status Amali’ tersebut yang boleh dibahagikan kepada lima kategori: i) amali yang dijalankan oleh pelajar sepenuhnya, (ii) demontrasi oleh guru, (iii) persembahan secara simulasi, dan (iv) penerangan sahaja atau v) tiada sebarang penerangan. Terdapat sejumlah 29 amali fizik di Tingkatan 4 dan 32 amali fizik di Tingkatan 5 yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Fizik Menengah Atas. Jumlah amali fizik yang banyak ini tidak mampu dilaksanakan oleh guru sepenuhnya. Kebanyakan guru fizik memilih beberapa amali yang bersesuaian dengan tajuk dan masa pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini berbentuk tinjauan secara kuantititatif yang bertajuk ‘Pelaksanaan Amali Fizik Dikalangan Guru Yang Mengajar Fizik di Tingkatan 4 dan 5 di Daerah Kinta Utara, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 78 orang guru fizik dari 48 buah sekolah. Perlaksanaan kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dihantar kesekolah-sekolah. Daerah Kinta Utara dipilih kerana ia mempunyai populasi sampel yang pelbagai kaum dan mempunyai bilangan pelajar dan sekolah yang paling besar.

Semua amali Fizik di tingkatan 4 dan 5 yang dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui buku teks 'Practical Book’ yang boleh dijalankan oleh guru bersama pelajar ialah 29 amali di tingkatan 4 dan 34 amali di tingkatan 5. Soal selidik terhadap 63 amali Fizik yang boleh dilakukan oleh pelajar sepanjang 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 menunjukkan pelajar yang menjalankan amali sepenuhnya ialah 24.30%. Guru yang melaksanakan demontrasi amali ialah 28.0%. Guru yang menerangkan menggunakan simulasi ICT ialah 35.30%. Guru yang memberikan penerangan pada amali tertentu ialah 9.50% dan guru yang tidak memberikan penerangan pada amali tertentu ialah 3 .0%

Ini menunjukkan tahap pelaksanaan amali fizik di sekolah masih rendah. Malaysia akan menghadapi masalah untuk menghasilkan modal insan yang sempurna. Fenomena ini akan bertambah rumit apabila mereka memasuki universiti. Pelajar-pelajar yang memasuki pra universiti didapati menghadapi masalah tentang pelaksanaan amali Fizik. Mengikut pandangan Khoo (2008) pelajar-pelajar khususnya pada peringkat universiti tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Padangan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Shaharudin Ali (2007) yang mendapati kebanyakan amali Fizik yang dijalankan oleh pelajar di UPSI, secara umumnya bercorak tradisional dan hanya memberikan fokus yang tinggi untuk mendapatkan data-data atau hasil akhir yang hendak diperolehi dan lebih berpusatkan intruksional. Hal ini tidak membantu pelajar-pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran Amali sains yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, salah satu tujuan mewajibkan pelajar melaksanakan Pentaksiran Amali sains Fizik (PEKA), untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.

Objektif Kajian

i) Mengkaji latar belakang guru-guru Fizik di Daerah Kinta Utara,

ii) Memperihalkan maklumbalas guru terhadap status amali Fizik,

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

Sewaktu kurikulum pendidikan amali sains mula diperkenalkan, matlamat dan isi kandungannya masih menerima pengaruh yang kuat daripada kurikulum Nuffield Secondary School Science di Britain. Kurikulum Nuffield telah diperkenalkan untuk murid aliran sains tingkatan 4 dan 5 pada tahun 1972. Pada ketika itu peperiksaan amali turut diperkenalkan dengan menggunakan konsep dan ciri yang menyerupai peperiksaan amali di Britain. Pencapaian murid dalam kemahiran proses ditaksir melalui ujian amali yang dijalankan secara sumatif pada penghujung pengajian di tingkatan 5. Ujian ini dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu badan luar yang bertanggungjawab terhadap peperiksaan awam di sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam peperiksaan amali yang berbentuk sumatif, yang dinilai di akhir tingkatan lima dianggap gagal kerana peralatan sains yang digunakan dalam kerja-amali sains pada ketika itu terlalu janggal dan terkehadapan serta tidak sesuai digunakan oleh pelajar Malaysia terutama pelajar di luar bandar. Banyak peralatan amali sains gagal di kendalikan oleh pelajar kerana tidak mempunyai kemahiran yang asas yang mencukupi. Situasi ini menyebabkan ramai murid menghadapi masalah ketika menjalankan kerja-amali sains sains (Tan, 1991).

Setelah hampir dua dekad peperiksaan amali ini dijalankan, pada tahun 1999 satu bentuk peperiksaan yang berpusat kepada pentaksiran yang dilakukan di peringkat sekolah diperkenalkan. Pentaksiran ini bertujuan mentaksir pencapaian dan kemahiran proses yang dilalui oleh setiap murid. Pentaksiran baru ini adalah berbentuk formatif dan menggunakan pendekatan rujukan-kriteria serta dikendalikan secara dalaman oleh guru mata pelajaran sendiri. Ia dikenali sebagai Penilaian Kemahiran Amali Fizik atau singkatannya PEKA Fizik. Rujukan -kriteria yang diperkenalkan adalah penambahbaikan daripada amali yang sebelumnya. Lembaga Peperiksaan Malaysia mewajibkan pelajar aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi perlu mengambil penilaian berasakan sekolah ini iaitu PEKA Fizik dan keputusannya akan dicatatkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Kegagalan pelajar mengambilnya menyebabkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dikeluarkan (Lembaga Peperiksaan Malaysia 1999). Pentaksiran ini hanya dipantau oleh pengetua sekolah masing-masing.

Hubungan Peratus Kekerapan Soalan Dengan Amali Fizik.

Terdapat hubungan antara banyaknya sesuatu amali dalam sesuatu tajuk dengan kekerapan tajuk tersebut keluar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam mata pelajaran Fizik juga, tajuk yang memerlukan pelajar menjalankan amali yang banyak adalah tajuk yang penting yang menjadi asas kepada konsep Fizik. Kunci kepada semua pemahaman tajuk Fizik ialah Daya dan Gerakan (Force and Motion). Berdasarkan statistik soalan SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dari tahun 2003 hingga tahun 2008 untuk Kertas 2 dan Kertas 3, di dapati tajuk Daya dan Gerakan (Force adn Motion ) mendahului dari segi populariti soalan berbanding tajuk-tajuk yang lain. Peratusannya ialah sebanyak 21.9 %. Tempat kedua diikuti tajuk Elektrik (Electricity) dengan 15.4 %. Tempat ketiga ialah Haba (Heat) dengan 14.1%. Tempat keempat ialah Cahaya dengan nilai 11.1% dan kelima ialah Gelombang (Wave) dengan nilai 9.3%.

Dari kajian yang dilakukan oleh Zainon (2005) bertajuk Hubungan Antara Kerja Amali Sains Dengan Penguasaan Kemahiran Proses Sains mendapati bahawa semakin kerap pelajar menjalankan kerja amali maka pelajar berkemungkinan mencapai penguasaan keseluruhan proses sains yang lebih tinggi secara signifiken. Dalam kajian yang dilakukan oleh Alyas dan rakan-rakannya (2000) bertajuk Amali Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Teras di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 mendapati secara purata pelajar aliran sains tulen melakukan amali hanya 25 peratus dari masa pengajaran mereka sementara pelajar aliran sastera hanya 10 peratus. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran sains lebih bermakna jika banyak amali dibuat.

Kajian yang dijalankan oleh Zainab (1998) bertajuk Keberkesanan Pelaksanaan Penilaian Berdasarkan Sekolah Oleh guru mata pelajaran amali Fizik, Kimia dan Biologi, mendapati setiap guru mengamalkan pendekatan berbeza dalam panduan penilaian. Tetapi penilaian yang dilakukan memberikan kesan positif kepada pelajar agar menjadi lebih serius dan bersungguh-sungguh. Kajian yang dilakukan oleh Alias (2001) bertajuk Meninjau pelaksanaan pentaksiran amali sains berasaskan sekolah di beberapa buah sekolah menengah harian di daerah Hilir Perak menunjukkan kursus berkaitan program PEKA yang telah dihadiri guru belum memandai untuk membantu guru tersebut memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan amali Sains. Walaupun sebahagian besar guru di dapati berkebolehan untuk melaksanakan PEKA Sains mengikut prosedur yang telah disyorkan. Faktor yang menjejaskan keberkesanan pelaksanaan program PEKA di bilik darjah mengikut perpektif guru adalah (i) masa yang tidak mencukupi, (ii) kesukaran menentukan skor dengan tepat, (iii) bilangan pelajar yang terlalu besar, (iv) elemen yang hendak ditafsir terlalu banyak, (v) pemberian skor yang tidak adil, (vi) kesukaran mendapatkan sumber rujukan untuk guru, (vii) sikap negatif pelajar, (viii) pelajar yang pasif, (ix) kekurangan kerjasama daripada pelajar, (x) bilangan alat radas dan bahan yang tidak mencukupi dan (xi) ketiadaan pemantauan terhadap pelaksanaan PEKA Sains di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Yeow (2002) bertajuk Penilaian Guru dan Pelajar Terhadap Pentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah di Seremban Negeri Sembilan mendapati majority 73.2% menyatakan pelaksanaan PEKA Sains sangat membebankan kerja, dua pertiga iaitu 65.9 % tidak berpendapat PEKA Sains lebih baik daripada ujian amali sains, dan peratus rendah iaitu 14.6% guru berpendapat pelaksanaan PEKA Sains adalah satu kejayaan. Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah (i) masa tidak mencukupi, (ii) bebanan tugas sekolah yang banyak, (iii) pelajar lebih suka meniru antara satu sama lain, (iv) mentaksir bilangan pelajar yang ramai, (v) mentaksir kemahiran setiap pelajar sekurang-kurang tiga kali, (vi) elemen yang hendak ditaksir terlalu banyak, dan (vii) pelajar bersikap negatif terhadap PEKA Sains.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. Seterusnya kebenaran daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Pengetua sekolah yang terlibat. Soal selidik ini dihantar oleh penyelidik ke sekolah dengan menggunakan sistem pos dan penyerahan tangan. Soal selidik yang berjaya dikumpulkan dari 48 buah sekolah ialah 78 naskah. Kajian rintis yang telah dilakukan mendapati nilai pekali ’Cronbach Alfa’ ialah 0.972. Dalam soal selidik peringkat ini tiga aspek utama akan dikenal pasti iaitu maklumat sekolah, maklumat latar belakang responden dan status amali. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bertujuan mengkaji status pelaksanaan amali Fizik terhadap guru Fizik yang mengajar di tingkatan 4 dan 5 serta meninjau tahap kemampuan guru mengendalikan amali. Perisian statistik SPSS 16.0 dan Microsof Excel digunakan bagi menganalisis data. Terdapat 10 tajuk di dalam Sukatan Pelajaran Fizik tingkatan 4 dan 5. Setiap tajuk mempunyai beberapa amali fizik yang telah dicadangkan. Dalam soal selidik yang diedarkan guru hanya perlu menandakan status pelaksanaan dengan menggunakan skala Likert antara 1 hingga 5 di dalam petak yang disediakan. Skala 5 menunjukkan amali dilaksanakan oleh pelajar secara berkumpulan. Skala 4 menunjukkan hanya dilaksanakan oleh guru secara demontrasi atau yang melibatkan sekumpulan pelajar tertentu sahaja yang diambil oleh guru untuk demontrasi. Skala 3 menunjukkan guru tidak menjalankan amali sebaliknya beralih kepada penggunaan Program Teaching Coursewere yang disediakan oleh PPK samada secara simulasi atau model. Skala 2 menunjukkan guru hanya memberikan penerangan sama ada secara lisan atau menggunakan OHP sahaja. Skala 1 menunjukkan guru tidak memberikan penerangan. Daerah Kinta Utara ialah satu Daerah yang besar kerana 1/3 dari jumlah 244 buah sekolah menengah di Perak terletak di dalam daerah ini, maka satu generalisasi mudah dibuat untuk seluruh negeri Perak. Hasil penyelidikan juga boleh membantu pihak UPSI mengkaji kelemahan graduan yang mengambil pengkhususan Fizik khususnya dari segi pengendalian amali bersama-sama pelajar. Malahan juga membantu pihak Kementerian Pelajaran mengkaji kelemahan Sukatan Pelajaran Fizik serta menetapkan amali yang penting dan wajib dijalankan bersama-sama pelajar.

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 ANALISIS LATAR BELAKANG RESPONDEN

Dalam bab ini, data-data yang diperolehi dari 78 responden dinyatakan di dalam bentuk jadual.

Bil

Item

Butiran

Peratus

Jumlah

1

Jantina

Lelaki

42.3

33

Perempuan

57.7

44

2

Bangsa

Melayu

56.4

44

Cina

28.2

22

India

15.4

12

3

Kelayakan Akademik

Diploma

2.6

2

Ijazah

88.5

69

Master

9.0

7

4

Tahap Profisensi Bahasa Inggeris

1

6.4

5

2

10.3

8

3

33.3

26

4

50.0

39

5

Pengalaman mengajar

1 – 4 Tahun

17.9

14

5 – 9 Tahun

14.1

11

10 – 14 Tahun

12.8

10

15 – 20 Tahun

15.4

12

Lebih 20 Tahun

39.7

31

6

Pengkhususan/ Opsyen

Major Fizik

47.4

37

Minor Fizik

25.6

20

Sains/Kim/Bio

7.7

6

Matematik

14.1

11

Lain-lain

5.1

4

7

Lokasi sekolah

Bandar

79.5

62

Luar Bandar

20.5

16

8

Jenis Sekolah.

Harian Biasa

79.5

62

SM Teknik

9.0

7

Asrama Penuh

5.1

4

Lain-lain

6.4

5

Berdasarkan jadual diatas, kebanyakan responden adalah guru perempuan 57.7% iaitu seramai 44 orang manakala guru lelaki adalah 42.3% iaitu seramai 33 orang. Ini bermakna guru fizik daerah Kinta Utara ramai dikalangan guru perempuan. Dari segi bangsa Melayu adalah 56.4% iaitu seramai 44 orang. Bangsa Cina adalah 28.2% iaitu seramai 22 orang. Bangsa India adalah 15.4% iaitu seramai 12 orang. Dari segi kelayakan akademik, guru yang berkelulsan Diploma adalah 2.6% iaitu seramai 2 orang. Guru berkelulusan Ijazah adalah 88.5% iaitu seramai 69 orang. Guru berkelulusan Master adalah 9.0% iaitu seramai 7 orang. Dari segi tahap profisensi Bahasa Inggeris pada tahap 1 adalah 6.4% iaitu seramai 5 orang. Pada tahap profisensi 2 adalah 10.3% iaitu seramai 8 orang. Pada tahap profisensi 3 adalah 33.3% iaitu seramai 26 orang dan pada tahap profisensi 4 adalah 50.0% iaitu seramai 14 orang. Dari segi pengalaman mengajar guru yang mengajar kurang dari 4 tahun adalah 17.9% iaitu seramai 14 orang. Pengalaman antara 5 hingga 9 tahun adalah 14.1% iaitu seramai 11 orang. Pengalaman antara 10 – 14 tahun adalah 12.8% iaitu seramai 10 orang. Pengalaman antara 15 hingga 20 tahun adalah 15.4% iaitu 12 orang dan pengalaman lebih dari 20 tahun mengajar adalah 39.7% iaitu seramai 31 orang. Ini menunjukkan guru fizik Kinta Utara mempunyai pengalaman yang sangat lama dan juga mempunyai pelapis untuk masa akan datang. Dari segi pengkhususan guru yang Major Fizik adalah 47.4% iaitu seramai 37 orang. Pengkhususan Minor Fizik 25.6% iaitu seramai 20 orang. Pengkhususan samada Sains atau Kimia atau Biologi adalah 7.7% iaitu seramai 6 orang. Pengkhususan Matematik adalah 14.1% iaitu seramai 11 orang dan lain-lain pengkhususan adalah 5.1% iaitu seramai 4 orang. Dari segi lokasi guru mengajar kawasan bandar adalah 79.5% iaitu seramai 62 orang dan luar bandar adalah 20.5% iaitu seramai 16 orang. Dari segi kategori sekolah harian biasa adalah 79.5% iaitu seramai 62 orang. Guru yang berada di SM Teknik adalah 9.0% iaitu seramai 7 orang. Guru yang mengajar di ekolah berasrama penuh adalah 5.1% iaitu seramai 4 orang dan lain-lain sekolah adalah 6.4% iaitu seramai 5 orang.

4.2 ANALISIS STATUS AMALI FIZIK

Pada bahagian ini akan dibincangkan maklumbalas status amali guru fizik terhadap beberapa tajuk amali fizik. Maksud skala Likert 1,2,3,4 dan 5 telah dibincangkan dalam bab3. Terdapat 10 tajuk di dalam Sukatan Pelajaran Fizik tingkatan 4 dan 5. Setiap tajuk mempunyai beberapa amali fizik yang telah dicadangkan. Data dibawah adalah hasil kajian soal selidik yang telah diproses.

Bab

Tajuk

Bil Amali

Peratus yang memilih skala Likert

1

2

3

4

5

1

Introduction to Physics

2

20.0

6.3

12.7

14.2

46.8

2

Forces and Motion

10

2.3

6.8

35.6

20.5

34.4

3

Force and Pressure

3

2.8

9.5

29.5

32.3

25.7

4

Heat

7

2.5

12.2

41.6

25.6

18.1

5

Light

7

2.9

8.8

32.7

27.7

27.7

6

Waves

8

1.4

4.5

42.2

43.6

8.0

7

Electricity

8

0.4

5.9

27.3

21.3

45.1

8

Electromagnetism

6

1.4

9.2

38.7

38.7

12.0

9

Electronics

8

0

10.9

40.2

40.0

13.0

10

Radioactivity

4

85.7

27.1

40.0

20.7

6.4

Jadual menunjukkan peratus responden yang memilih skala Likert 1 hingga 5.

Dari jadual menunjukkan tajuk ’Introduction to Physics’ hanya mempunyai 2 amali dan status 5 paling tinggi iaitu 46.8%. Tajuk ’Force and Motion’ mempunyai bilangan amali fizik yang paling banyak iaitu 10 amali dan status amali paling tinggi ialah 3 iaitu 35.6%. Tajuk ’Force and Pressure’ hanya mempunyai 3 amali dan status 4 adalah paling tinggi dengan nilai 32.3%. Tajuk ’Heat’ mempunyai 7 amali dengan status 3 paling tinggi dengan nilai 41.6%. Tajuk Light mempunyai 7 amali juga. Status paling tinggi ialah 3 dengan nilai 32.7%. Tajuk Wave mempunyai 8 amali dengan status paling tinggi ialah 4 dengan nilai 43.6%. Tajuk ’Electricity’ mempunyai 8 amali juga dengan status tertinggi 5 dengan nilai 45.1%. Electromagnetism mempunyai 6 amali dengan status tertinggi 3 dan 4 dengan nilai yang sama iaitu 38.7%. Tajuk ’Electronics’ mempunyai 8 amali dengan status tertinggi 3 dengan nilai 40.2%. Tajuk terakhir ialah ’Radioactivity’ dengan jumlah amali 4 dan status tertinggi 1 dengan nilai 85.7%.

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, penyelidik cuba memberi rumusan hasil kajian dengan menyatakan implikasi terhadap pendidikan pada masa kini dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga kajian ini akan menjadi rujukan kepada pengkaji baru yang ingin membuat kajian dalam bidang ini.

5.2 PERBINCANGAN

5.2.1 Perbincangan Latarbelakang Responden.

Terdapat 45 orang (57.7%) dari 78 responden adalah perempuan berbanding lelaki 33 orang (42.3%). Minat lelaki pada bidang pendidikan dilihat masih kurang menyebabkan penurunan jumlah guru lelaki di negara kita. Bagi membaiki keadaan ini guru lelaki perlu ditambah pengambilannya di pusat pengajian tinggi. Dari segi taburan bangsa menunjukkan taburan peratusan yang sesuai dengan Melayu 44 (56.4%), Cina 22 (28.2%), dan India 12(15.4%) yang boleh memupuk perpaduan kaum. Dari segi kelayakan akademik Ijazah keatas ialah 76 (97.5%) dan hanya 2( 2.6%) yang berkelayakan Diploma. Matlamat kerajaan untuk mensiswazahkan semua guru di menengah atas telah berjaya. Malahan terdapat 7 (9%) orang yang berkelulusan Master. Penilaian Tahap Profisensi mula dilaksanakan pada tahun 2006. Dalam kajian ini guru dikategorikan mempunyai tahap profisensi yang baik ialah 3 dan 4. Sementara yang mempunyai tahap profisensi 1 dan 2 perlu mengambil semula kertas ujian peperiksaan. Seramai 13(16.7%) guru yang mempunyai tahap profisensi 1 dan 2. Seramai 65 (83.3%) guru mempunyai tahap profisensi 3 dan 4. Ini menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru Fizik memuaskan untuk daerah Kinta Utara. Pengalaman responden dapat memberikan sumbangan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 64(82.0%) guru yang berpengalaman melebihi 5 tahun. Ini menjadi aset yang bernilai kepada sesebuah sekolah. Hanya 14(18.0%) yang baru mengajar kurang dari 5 tahun. Walaubagaimanapun guru yang baru ini penting sebagai pelapis kepada guru yang senior. Dari segi pengkhususan hanya 37( 47.4%) guru yang beropsyen fizik. 41(52.6%) lagi bukan beropsyen fizik. Kementerian Pelajaran harus meseimbangkan guru pelatih yang berpengkhususan fizik dengan mata pelajaran lain. Kebiasaaannya seorang guru yang beropsyen fizik berkebolehan mengajar mata pelajaran lain seperti sains dan matematik berbanding guru yang beropsyen sains atau matematik. Kemahiran guru fizik yang paling penting ialah pengendalian amali di makmal. Tidak wajar seorang guru yang tidak berminat dengan makmal dipaksa mengajar fizik. Ini menyebabkan nilai status amali fizik kecil.

5.2.2 Perbincangan Status Amali Fizik

Pelaksanaan amali membolehkan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan mengurangkan kebosanan dikalangan pelajar. Pelajar lebih mudah memahami pengetahuan fizik jika ia dilaksanakan dalam bentuk amali. Banyak ilmu sains yang dipelajari sukar untuk dikaji dalam situasi yang sebenar tetapi dengan mengambil sampel yang kecil dan dikaji di makmal agar dapat menjawab pelbagai persoalan sains. Walaubagaimana pun dari kajian yang dilakukan ini di dapati hanya 24.3% sahaja amali yang dijalankan sepenuhnya oleh pelajar. Bilangan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tajuk fizik yang dipelajari. Dengan kemudahan internet dan komputer di setiap makmal sekolah di dapati kebanyakan guru telah beralih kepada penggunaan ’Program Teaching Courseware’ iaitu CD multimedia yang telah dibekalkan kepada sekolah. Ini telah mengurangkan aktiviti amali bersama pelajar.

Dalam Bab 1 Introduction to Physics guru melaksanakan amali bersama pelajar kerana angka status amali menujukkan 5 dengan nilai 46.9%. Tajuk awal ini sangat penting terutama dalam memperkenalkan dan membiasakan pelajar menggunakan peralatan-peralatan makmal seperti angkup vernier, tolok skru mikrometer dan sebagainya. Tajuk yang penting dalam amali ini iaitu’Lenght and Period of a simple pendulum’ seharusnya dilaksanakan oleh semua guru fizik.

Tajuk Force and Motion mempunyai 10 amali dan merupakan tajuk yang mempunyai 12 tajuk kecil yang panjang. Dari kajian menunjukkan status amali tertinggi ialah 3 iaitu guru lebih menggunakan kaedah amali secara simulasi komputer. Dalam perbincangan bab 2 penyelidik telah menghuraikan tajuk ini adalah tajuk yang paling penting kerana sebanyak 21.9% soalan SPM dari tahun 2003 hingga 2007 berkaitan dengan tajuk ini. Tetapi sangat dukacita apabila data menunjukkan statusnya berada pada tahap 3. Kemungkinan amali untuk tajuk ini mempunyai banyak ralat yang menyukarkan untuk mendapatkan bacaan yang sebenar. Guru lebih berminat menggunakan simulasi komputer kerana tiada ralat dan menjimatkan masa. Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran perlu mengubal kaedah perjalanan amali untuk tajuk ini dan mewajibkan pelaksanaan PEKA Fizik mempunyai amali dari tajuk Force and Motion.

Tajuk yang kedua terpenting dalam sukatan pelajaran dan kerap di soal dalam peperiksaan ialah Electricity. Ia merangkumi 15.9% soalan SPM dari tahun 2003 hingga 2007. Dalam soal selidik yang dilaksanakan menunjukkan status amalinya ialah 5 dengan nilai 45.1%. Dalam tajuk ini terdapat 8 amali yang boleh dijalankan dan tajuk amali yang paling penting ialah ’Factors Affecting Resistance’ (material, lenght, thickness and temperature of wire). Kemungkinan besar amali ini mudah dikendalikan kerana kurang mempunyai ralat semasa menjalankanya. Berdasarkan alasan ini sepatutnya nilai peratusan perlu lebih tinggi lagi.

Peratus yang memilih skala Likert 1 untuk tajuk ’Radioactive’ sangat tinggi iaitu 85.7%. Ini menunjukkan ramai dikalangan guru tidak menjalankan amali dan membiarkan pelajar belajar sendiri. Kedudukan tajuk ini yang berada di dihujung bab dan kemungkinan guru tidak sempat menghabiskan sukatan kerana faktor tertentu menyebabkan ia berada pada skala Likert yang rendah.

5.3 RUMUSAN

Selepas penganalisaan data secara lebih mendalam dibuat, beberapa rumusan dan dapatan telah diperolehi. Rumusan tersebut telah disenaraikan seperti berikut.

1. Majoriti responden yang dikaji adalah guru perempuan pelbagai kaum dan berkelulusan ijazah.

2. Majoriti responden mempunyai pengalaman mengajar yang lebih 10 tahun dan mempunyai tahap profisensi yang baik.

3. Majoriti responden mengajar disekolah bandar dan hampir separuh dari mereka beropsyen fizik.

4. Guru yang tidak memberikan penerangan pada amali tertentu ialah 3 .0%

5. Guru yang memberikan penerangan pada amali tertentu ialah 9.50%

6. Guru yang menerangkan menggunakan simulasi ICT ialah 35.30%.

7. Guru yang melaksanakan demontrasi amali ialah 28.0%.

8. Pelajar yang menjalankan amali sepenuhnya ialah 24.30%.

5.3.1 Implikasi Dapatan Kajian

Kementerian Pelajaran diharap dapat mengambil tindakan sewajarnya serta positif dalam meningkatkan lagi penguasaan kemahiran amali dikalangan pelajar. Beberapa cadangan dinyatakan seperti berikut :

1. Stabilkan pengambilan guru lelaki dan perempuan

2. Tambahkan lagi guru yang beropsyen fizik.

3. Perubahan kepada kurikulum PEKA Fizik yang mewajibkan pelaksanaan amali tertentu dalam tajuk tertentu.

4. Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali Fizik berasaskan sekolah dan mempunyai ganjaran 10% markah dalam peperiksaan SPM.

5. Mengurangkan Sukatan Pelajaran Fizik.

6. Menambahkan masa waktu untuk mata pelajaran Fizik.

5.4 PENUTUP

Bagi menjalankan cadangan di atas pastinya memerlukan tenaga dan kos yang tinggi. Sekurang-kurangnya beberapa cadangan boleh dipertimbangkan. Kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sangat dialu-alukan oleh semua warga pendidik. Kajian ini juga diharap dapar menjadi panduan kepada semua guru khususnya guru fizik. Apa yang penting pengajaran dan pembelajaran tidak berorentasikan peperiksaan sepenuhnya. Acuan yang kita gunakan untuk membentu pelajar pada hari ini adalah penentu masa depan negara.

6.0 RUJUKAN

Abd Rahman Majid Khan (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur : BS Print (M) Sdh.Bhd.

Alias Mingan (2001). Pelaksanaan pentaksiran amali sains berasaskan sekolah di beberapa buah

sekolah menengah daerah Hilir Perak. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Alyas M., Wrutheran S., Rohani A.H., Wan Mazlan W.M. (2000). Kertas Amali Sains Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Sains Teras Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Kertas Kerja. Jabatan Sains.

Maktab Perguruan Kota Bharu.

Azhar Harun, Nawi Abdullah (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial. Singapore :

Thomson.

Khoo Kay Kim (2008). Mingguan Malaysia, 25 Mei 2008.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (1999). Panduan Peka Fizik untuk Peperiksaan SPM 1999 dan SPM

2000. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002). Panduan Peka Fizik untuk Peperiksaan SPM 2002. Kuala

Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003 - 2007). Soalan Peperiksaan Fizik 4531/1, 4531/2, 4531/3. Kuala

Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004). Panduan Petaksiran Kerja Amali Fizik SPM 2004; PEKA FIZIK

4531/4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia. (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1991). Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS). Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Laporan kajian pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan

Sekolah di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan Empat KBSM.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan Lima KBSM.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman (2004). Keberkesanan program PEKA dalam penguasaan kemahiran

proses sains bersepadu di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains. Kertas Projek. Kuala

Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Tan, S.B. (1991). The development of secondary school science curriculum in Malaysia. Science

Education. 75(2), 243-250.

Zainab M.Shahar (1998). Keberkesanan Pelaksanaan Penilaian Berdasarkan Sekolah Oleh guru mata

pelajaran amali Fizik, Kimia dan Biologi. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan

Univeriti Malaya.

Zainon Mohd Ali (2005).Hubungan antara kerja amli sains dengan penguasaan kemahiran proses

sains. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Labels: